Kisah ini di cerikakan oleh Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu
hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang
yang di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket
untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal
yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara
penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang
sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk
di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang
kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.
Keadaan di dalam
kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh
sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan pelayaran,
keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak
bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di dalam
kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal
masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di
buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang
yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa
lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.
Keadaan
di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang
sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing
membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut. Tidak
berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua
beg, barang-barang digelidah tetapi tidak menjumpai barang yang di
cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun.
Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan
orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri
barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di
dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar
yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia
bukannya seorang pencuri, Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi
syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.
Oleh kerana tidak tahan
dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda
itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan
tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut,
mala ia duduk di atas permukaan air. Pemuda itu berdoa kepada Allah
dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku
pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya,
perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata
berharga di mulutnya".
Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah
beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang
berkilauan cahayanya. Semua orang yang berada di atas kapal bersorak
dan menepuk tangan kepada pemuda itu. kapten kapal dan pegawainya
sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah
mereka telah lihat.
Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian
masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di
tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya". Kemudian pemuda itu
menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu
berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut
ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku
menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.
No comments:
Post a Comment